Takkan ku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi.
tidak lagi.
......
Air mata gugur dalam rintik hujan.
Harmoni
Dan berirama.
Menara indah kepulangan sebuah hati yg pecah,
Kepada pemilik mutlak satu satunya ; Allah.
Fasobrun jameel..
Bersabarlah dengan kesabaran yg cantik, Muni..
Kelak hujan akan menyuburkan semula,
Air mata yg tulus dgn pengembalian akan menghidupkan semula,
Membangkitkan rasa
Dan
iman di dada..
You gonna heal, dear you M.A.
Just let it go..
Hingga pada akhirnya,
Autumn mengajarkan kepada kita bahawa,
Pohon tetap cantik,
Walau terpaksa hidup tanpa bunga.
Kerna bila Allah menyuruh untuk gugur,
Ia harus melepaskannya.
Lepaskanlah.
Akurlah..
Hanya kerna untuk Allah semata.
Autumn shows us
how beautiful it is to let things go.
sejak itu,
baru ku sedar,
mengapa kisah dongeng selalu berakhir
dengan begitu indah sekali..
kerna dongengku tidak pernah nyata.
Syawal
0500